Kerjaya muzik Azian_Mazwan_Sapuan

Beliau mula menceburi bidang nyanyian melalui penyertaan pertandingan nyanyian Bintang RTM tahun 1986 pada usianya 11 tahun yang pada ketika itu, RTM tidak menetapkan had umur penyertaan. Persembahan cemerlang Azian menerusi lagu Dia Yang Ku Cari nyanyian Endang S. Taurina melayakkan Azian berjaya dalam sesi uji bakat itu. Beliau akhirnya mara ke peringkat akhir dan membawakan lagu Sekadar Di Pinggiran yang kemudian mengubah seluruh kehidupannya.[1]

Pada tahun 1988 ketika usianya 13 tahun, Azian Mazwan Sapwan telah dipilih mewakili Malaysia ke World Children's Music Festival di Nagoya, Jepun dan menang tempat pertama dengan hadiah wang tunai dan sijil penghargaan serta trofi. Dalam pertandingan itu, Azian yang ditemani ayahnya menyanyikan lagu Anugerah Tuhan ciptaan Azian dan gurunya, Cikgu Anuar. Walaupun pada tahun berikutnya Azian tidak menyertai pertandingan berkenaan, namun beliau diundang untuk menjadi artis undangan untuk membuat persembahan di sana.[1]

Beliau turut menyertai Pertandingan Pujaan 10 Nescafe '93 menerusi lagu Cinta Embunan Pagi.

Pada tahun yang sama juga, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir Juara Lagu 1993 menerusi lagu Rumah Kecil Tiang Seribu dalam kategori Irama Malaysia.